Sunday, September 13, 2009

acara: majlis berbuka puasa
anjuran: CS113
tempat: Pusat Rekreasi Pelajar Kolej Unikop
tarikh: 10 09 09

i.) persiapan sehari sebelum majlis


ii.) time to serve

iii.) blueberry cheese cake
iv.) fahzian & chikin

v.) miss sha & jaja

vi.) hafifi bersama teman-temannya

vii.) nana & jaja

viii.) h.a.j.a.r


Wednesday, August 19, 2009

ramadhan yang mulia

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Salam dan Selamat Sejahtera di ucapkan kepada kawan2 semua...

Dari Abu Hurairah Radhiallah 'anhu :
Adalah Rasulullah telah memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda : "telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu berpuasa didalamnya, pada bulan ini pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup dan para syaitan akan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa tidak beroleh kebaikannya makan tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i).

13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

1. Berpuasa tapi tidak menunaikan solat 5 waktu.
2. Tidak menjaga batas-batas agama.
3. Menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.
4. Berebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda.
5. Semakin cepat marah.
6. Membazir ketika berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah.
8. Membiarkan dan menggalakkan anak2 bermain mercun.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja.
10. Tanpa persedian mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
11. Menang sorak, Terawikh ala kadar.
12. Tadarus al-Quran hanya di bulan Ramadhan sahaja.
13. Tidak mahu bersahur.

Thursday, August 13, 2009

sakit tekak & batuk

rini aku rasa x selasa giler disebabkan sakit tekak & batuk yang datang menyerang aku...
ya Allah jauh kan penyakit ini dari ku...

pening pala menyebabkan aku susah nk bja..
pala x pk ape pn,just igt nk tdo..
mls nk wat semua benda..

Saturday, August 8, 2009

ahad datang lagi

ahad kembali lagi.sama seperti ahad-ahad yang lain.tidak sedikit pn berbeza.aku tetap dengan hidup ku.tiada beza.tidur n bgun lewat seperti biasa.esok terasa nk kuar cuci mata.bosan terperap dalam bilik.Ermmm..terasa nk shopping.tapi takut membazir la pulak..tapi wallet ku sudah terlalu lama tidak diganti.baju juga lama tidak ku beli.mangsa keadaan ku : hehehe ANA just teman aja sayang,kita g cuci mata sementara fahmi keje.DESTINASI: BREM MALL [ada sale besar-besaran] area kepong sudey.bosan ler g area Bukit Bintang,Times Square.g pn sekarang tgh hot H1N1,eerrrgghh takut ler...

Friday, July 31, 2009

10 Wasiat Yang Ditinggalkan Oleh Imam Syafie Sebelum Kembali Ke Rahmatullah

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:


“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan
untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.