Thursday, August 11, 2011

ramadhan dan syawal

selamat menyambut ramadhan al-mubarak. semoga bulan keberkatan ini dapat menambahkan lagi keimanan kita terhadapnya. insyallah. tahun ni dapat sambut ramadhan bersama ibu dan ayah setelah 4 tahun berada diperantauan. dalam menyambut bulan yang mulia ini, dalam membuat persediaan syawal yang bakal menjelma ini kami sekeluarga dihimpit rasa sayu bila orang yang paling kami sayang telah pergi buat selama-lamanya. paling terasa akan pemergiannya adalah paksu. cian dia, sabar yea cik. besar hikmah disebalik yang terjadi ni. betul kata orang, bila orang tu dah pergi tinggalkan kita baru kita rasa ingin menghargainya. kehilangan nya amat dirasai. tahun ni tahun pertama beraya tanpa dia di sisi. sedih sedih. sob sob. bila time buka puasa terasa sunyi sebab dia orang yang paling sibuk dan gembira bila anak dan cucu balik. paksu sunyi, i tau tu tp life must go on kan, yang pergi tetap pergi. kita yang hidup mesti redha dengan ketentuannya. paksu ceria bila kami pulang berbuka bersama-sama. tengs to maksu sudi balek kg. ketiadaan atok kurang dirasai sebab kami lebih rapat ngan yang perempuan atau saya panggil dia nenek, mak kepada ibu saya dan adik-adiknya. juga tahun keempat ketiadaan atok. 

i love both of you but dia lebih sayangkan kalian, semoga granny & granpa aman di sana :
al-fatihah to :
almarhum abdul latif bin hitam
almarhumah hajah ramlah binti bujang

No comments:

Post a Comment