Monday, October 15, 2012

hati ini

ya allah kau kuatkan lah hati ku ini.
kenapa mudah sangat untuk menangis
kenapa cepat sangat untuk melatah
kenapa cepat benar engkau berasa sayu
kenapa kenapa kenapa

ya allah hanya padamu tempat aku memohon
hanya padamu jua lah tempat aku meminta
engkau yang satu
engkau yang agung

jika ini ujian dari mu
aku terima segalanya dengan rela hati
dengan mengharapkan redha mu

ibuku pernah berpesan,
allah beri kita ujian yang semampu-nya kita untuk harungi
allah tidak akan beri ujian mahupun dugaan kepada hambanya di luar dari kemampuannya
allah beri hamba nya ujian hanya untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran hambanya

apa pun terjadi pesan ibu lagi

'hajar, jangan cepat melatah, ingat allah sentiasa dan yakin lah bahawa ibu dan ayah sangat sayangkan kamu'

ibu, tahu kah engkau di kala ini, aku amat memerlukanmu disisi.
ayah, hajar nak peluk ayah sekuat mungkin dan menangis di bahu kanan mu
abang, hajar nak duduk semeja dan meluahkan semua
seha, akak nak cerita dari mula hingga akhir
arip, bawa akak pergi sejauh mungkin
aishah & biha, tolong hulurkan tisu untuk akak

aku sayangkan keluarga ku
aku sayangkan diriku
teramat sayang.


No comments:

Post a Comment