Monday, September 9, 2013

Doa Selamat

Ho ho ho, Hye hye.

Lama benar rasa tak berblog ni. Meh kawe update sikit. Citer nya gini, I blek johor last thursday, naik bas jam 4 petang. Kenapa I balik, adalah kerana Ibu I macam merajuk ngan I. Haha, Kuat touching jugak kak tipah kita ni. Apa pun, I tak sampai hati bila ibu cakap tak pe lah kalau tanak balik. Ibu tak paksa tapi nada dia bercakap tu wat I rasa seba salah. I pun decide balik johor. I naik bas then I terus sms ayah suruh pick me at station bus at 9pm. I nak balik ni I tade gtau pun ayah ngan ibu just give them suprise. Haha. I sampai tepat kul 9, makan malam bersama ayah. While ibu kemas sikit-sikit. Then while makan-makan tu, ayah cakap cmni 'esok anta ayah g kerja then bawak ibu g pasar'. Amboi baru sampai dah dapat arahan. Haha. I pun ok j actually since tujuan I balik ni pun untuk tolong tolong dorang. 

Since I off dari mengerjakan kewajipan kan, I bangun lewat sikit around 645am camtu, then I mandi-mandi then siap-siap. Hantar ayah g sekolah awal sebab ada hari sukan, then terus ke pasar besar. Macam-macam ibu beli. Daging, perut, ikan,sayur-sayur. Semua untuk kenduri. Ibu kan memang pelanggan tetap pasar besar ni maka ramai lah penjual-jual yang memang dah kenal cik tipah ni. Yealarh selalu datang ngan ayah tetiba datang ngan anak-anak. Maka berlaku lah sesi beramah sikit. Haha. Macam-macam lah I pun kene tempias di tanya. Hahaha. After siap beli barang kat pasar, jalan jalan kat pasar baju. Hahaha. Seronok. Ada yang kenan tapi malas lah, sebab duit tak withdraw lagi. Kah kah. Actually g pasar baju tu sebab nak cari tuala untuk orang kendarat nanti. Settle barang ibu pulang ke rumah. Tapi since si cantik nak beli lemon, dia ajak singgah Econsave. Kat Econsave kedai masih tutup lagi sebab baru kul 9 lebey camtu. Pusing punya pusing, kat sejam lebih jugak. 

Akhir nya pulang lah kami ke rumah. Tekaan ibu tepat bila Mak Sal tertanya-tanya ke manakah ibu, kantoi di situ I pulang. Hahaha. On the day majlis kenduri tu, kami anak beranak j rewang sendiri, jiran-jiran datang agak lewat. I ngan si seha siang ayam while ibu kemas sikit-sikit. Dah siap-siap semua ibu pun start masak perlahan-lahan. Around tengah hari tu paksu datang, lepak ngan paksu. Sebab kat dapur ada kawan-kawan ibu. Malas nak join, I siap kan minum mereka sahaja then decide to bentang carpet semua. Susun kerusi semua. Settle semua kerja turn untuk relax jap. Tengah relax-relax ngan paksu family sebelah ayah pun sampai, around maghrib camtu. Apa lagi, bertambah sibuk. Sebab nak kejar kan maghrib, nak kejarkan jamu tetamu. Since suasana agak kelam kabut, I ngan ibu ngan seha bergilir-gilir mandi dan solat. Settle semua, around kul 8 cmtu tetamu mulai ramai. Begitu jugak kawan-kawan ibu. Penuh depan dan belakang. Riuh sekejap. I ngan ibu tolong Mak Sal bungkus kan untuk kawan-kawan dan sedara. Majlis abis around 930 cmtu. Settle semua, kemas kemas. Borak ngan family sebelah ayah, layan anak-anak jiran. Siap kemas totally jam 11 cmtu. I terus tumbang, tak sempat mandi just wash up sahaja. Kepenatan okay. 

Masa kenduri berlangsung menu yang di hidang kan biasa-biasa sahaja. Yang tak boleh nak tampung kuih muih, sangat banyak ok. Ramai jiran-jiran sedekah plus ibu pun ada tempah dua jenis maka bertambah-tambah lah jenis kuih muih. Main menu malam kenduri tu :

Nasi putih
Ayam masak lemak cili api
Daging masak kicap
Sambal goreng jawa
Kubis goreng
Sambal belacan plus ulam-ulaman
Ikan masin bulu ayam

Kuih muih pula :
Talam cendol 
Pulut hijau 
Pulut durian
Karipap
Bingka labu
Kasturi goreng
Kuih bakar
Kuih cara

Ni lah makanan nya. Ada yang tade gambar.

Credit to encik google for the few picture.
 
 
p/s : ibu pesan nak wat kenduri kawen bukan guna duit sikit.
so menabung lah dari sekarang since jiran dah bersuara next is my turn. Haha

No comments:

Post a Comment