Sunday, December 29, 2013



Alhamdulilah setelah 1 tahun 3 bulan tempoh perkenalan kami, akhirnya kami mengikat hubungan kami dengan ikatan pertunangan. Tanggal 29hb Disember 2013, secara rasmi nya aku dah jadi tunangan orang. Hahaha. Macam tak caya tapi itu lah reality. After this kena lah belajar-belajar dengar kata yea. Hahaha. Apa-apa pun, rancang nak cepat di bantutkan. Majlis mungkin pada bulan Disember tahun depan. In shaa Allah. Semoga dipermudahkan ya Allah. Apa-apa pun majlis tunang kami ni rambo. Haha. Tade risik-risik. Sekali jalan j. Biar lah orang nak kata, aku malas nak layan. Penat dengar cakap orang end up orang tak penah nak dengar cakap kita. 

Apa-apa pun, syukur alhamdulilah. Allah memudahkan plan kami. Terima kasih ya Allah. Semoga hubungan kami ini kekal hingga ke jinjang pelamin. Semoga kami matang dan sabar dalam harungi ikatan pertunangan ini. Amin. On my majlis tu tade sape pun nak amek-amek gambar ke apa tau sebab unformal and family aku yang masak semua nya. So adik-adik semua sibuk tolong ibu kat dapur. Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga semua. 

Ni lah dia encik tunang saya.


p/s : tengs amy for the doodles art
tengs everyone

Wednesday, December 25, 2013

Kita merancang Allah yang tentukan. Aku merancang untuk berkahwin di usia 27 or 28 tahun. Tapi aku tak sangka pula jodoh aku sampai di awal dari rancangan aku. Aku sebagai hambanya redha, terima. Mencuba untuk menyakin kan semua orang. Adakah jika aku berkahwin sebelum bekerjaya aku tidak bisa membalas jasa kedua orang tua ku? In shaa Allah sampai mati pun aku takkan lupa kan siapa kedua ibu bapa aku. In shaa Allah aku tidak akan lupa untuk membalas semua jasa mereka sebab aku sedar, tanpa dorang siapa lah aku. Aku cuma perlukan sokongan dari mereka bukan menjadi pembangkang utama. Ya Allah, berat nya ujian yang kau berikan ni. Tapi ya Allah aku akan cuba untuk bertahan, aku akan cuba harungi semua ujian mu dengan penuh kesabaran. Kau kurniakan lah kesabaran yang tinggi dalam diri aku untuk harungi semua ini ya Allah. Sesungguh nya hanya padamu tempat aku mengadu ya Allah. Kau permudahkan lah semua urusan ini ya Allah. Ameen ya rabbal alamin.


p/s :
- Ya Allah semoga kau bukakan lah pintu hati orang-orang yang menjadikan aku cukup kenal siapa diri mereka sebenar ya Allah
- Semoga kau permudahkan lah ya Allah segala urusan kami ya Allah.

Monday, December 23, 2013

Nak dirikan rumah tangga dalam masa yang sama belajar. Boleh ke? Aku sendiri terfikir sendiri, boleh ke aku belajar dan jadi isteri. Andai aku kahwin time belajar, tidak boleh ke aku balas jasa kedua ibu bapa ku? Adakah jika aku berkahwin sebelum bekerja menghadkan aku untuk membalas budi mereka? Aku tertanya-tanya. Ada bertanya pendapat banyak pihak. Memang lepas berkahwin seorang isteri kene patuh dengan suami. Tapi dalam hubungan suami isteri takkan takde toleransi ke? Bukankah berkahwin itu bukan setakat dengan pasangan tetapi dengan seluruh ahli keluarga? Jadi kenapa perlu pertikai kan isu bila berkahwin time belajar tidak boleh balas jasa kedua ibu bapa? Tak faham aku dengan sikap manusia zaman sekarang. Pada aku zaman sekarang ni jangan lah nak berkira sangat ke apa, yang penting utamakan lah hukum. Tak rasa berdosa ke nak tanggung anak perempuan sendiri kalau keluar berdua-duaan dengan kawan lelaki. Memang boleh elakkan tapi zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Apa salahnya berkahwin, halalkan hubungan tu kan. Salah ke? Dari berkepit, naik kereta berdua, berjalan berdua dengan tanpa apa-apa ikatan. kan baik nikah kan saje. Sungguh aku cukup tak faham. Cuba lah buka sikit minda tu. Kami bukan nak buat benda jahat, kami nak dirikan masjid, nak buat benda baik, kenapa nak halang? Nak bagi macam-macam alasan? Kenapa? Aku ingat dia lah yang terbaik tapi aku cukup tak sangka dia hanya pandai berkata-kata. 

Mungkin orang yang baca akan cakap aku ibarat tak reti nak kenang budi orang tua. Tapi aku agak terasa dengan keputusan yang mereka lakukan. Aku kecewa dengan sikap mereka. Terlalu mendengar kata orang, terlalu termakan hasutan orang. Perlu ke urusan keluarga benarkan orang luar masuk campur. Sebab benda-benda macam ni lah aku jadi serabut. Nak belajar pun malas mana tak nya asek sakit kepala. Da seminggu jugak lah aku menjadi ratu air mata. Lagi menyayat hati bila dia ada masa kurang memahami situasi aku. Terasa macam aku ditekan dari setiap genap orang. Tertekan sangat. Ya Allah, kau permudahkanlah semua nya. Hanya padamu tempat aku mengadu. Sedih hati. Sayu sungguh. Apa-apa pun aku dah malas nak fikir panjang, aku serah pada Allah. Semoga jodoh kami panjang. Semoga orang sekeliling boleh menerima qada dan qadar yang ditetapkan oleh Allah. Amin


p/s :
Semoga apa yang kami rancang
Allah permudahkan segala-galanya.
Untuk mendirikan masjid, untuk menjadikan 
halal di sisi mu ya Allah.

Monday, December 16, 2013

Terpanggil

Sedang aku sibuk dengan kehidupan seharian, aku terkejut bila mana si dia mula bersuara mengenai plan yang kami sudah rancang agak sekian lama. The moment start masa balik dari wedding kawan dia. Tergamam babe bila fikir balik. Sebab apa plan nya sekejap. Hahaha. Selalu orang bagi tempoh setahun ni tak. 6 bulan j. Mati-mati. Hahaha. Da lah dengan aku tak kerja lagi. Masih di gelar student trang tang tang. Tepuk dahi banyak kali. Hehe. Memang lah dia dah kerja tapi nak wat majlis kahwin, tak best tak guna duit sendiri. Ok, first plan berdua j lah. Lama tak lama dah discuss. Aku jenis simple bukan complicated person. Aku bukan cerewet macam ada certain girl out there. Macam aku, orang nak wat ke alam seterusnya biasa nya ikut adat. Merisik, Meminang, Baru Nikah kan. Aku nya style giler rambo, tade majlis2 tunang ni. Cukup mak ayah dia dtg anta cincin. Time tu dah kira risik, tunang. Cincin pun aku tak minat nak dua. Cukup satu. Sebagai tanda sudah. Settle bincang berdua, dia ajak citer ngan mak dia plan ktorang ni. Alhamdulilah mak setuju. And mak jenis aku jugak simple. Senang giler deal ngan mak. Ok, ada satu masalah dalam otak aku. Nak deal ngan mak ayah aku lak. Adeh, kusut otak. Aku balik kampung awal sebab paksu nak nikah, jadi aku amek kesempatan ni untuk discuss ngan ibu ngan ayah. mula2 aku discuss ngan ayah j sebab mak aku kekadang macam singa laut. Hahaha. Lastly ibu duduk kt hall ngan aku, aku pun bukak mulut cakap sal tunang. Pastu ayah join sekali. Hah, lagi memudahkan. Bincang-bincang. Semuanya lah. Plan ktorang. Mula-mula mak ayah aku berat. Tapi bila aku cerita kan keadaan sebenar dorang macam layan j tapi dengan syarat buat yang simple. Same like to abang. And aku pun memang nak yang macam tu j pun. Tanak bersanding bagai. Lagi dorang setuju. Ok, set sekali lagi ngan dia. Setuju dah lah kira ni. Aku syukur sangat Allah macam bagi jalan kat kami. Alhamdulilah. 

Aku ingat panas sampai petang, rupanya ribut di tengah hari. Kan aku dah ber-peribahasa. Mana tak nya, bila aku buka mulut kat makcik2 aku, dorang dengan lajunya menokok tambah segalanya. Dorang suruh tukar tarikh, suruh mintak hantaran, barang batal air sembahyang pun dorang tetapkan. Aku apa lagi garu kepala. Aish, ni payah orang Johor kalau terlalu ikut orang sangat camni lah jadi nya. Biasa lah bila dah ada bersuara semua ikut lah termasuk mak aku tu. Geram kejap sebab apa, sebab benda ni aku ngan dia ada sedikit salah faham. Letih melayan, Ari demi ari, aku decide nak deal ngan ayah j, Alhamdulilah ayah senang runding. Ktorang stick jugak ngan tarikh ktorang plan ngan semua yang ktorang plan. So, sekarang aku harap sangat, mak ayah aku terima and tetap pendirian. Semoga Allah permudahkan urusan kami ini. Ameen.


p/s : urusan kahwin biar family tetapkan
bila family besar campur tangan
memang haru biru.
Learn from past