Monday, December 23, 2013

Nak dirikan rumah tangga dalam masa yang sama belajar. Boleh ke? Aku sendiri terfikir sendiri, boleh ke aku belajar dan jadi isteri. Andai aku kahwin time belajar, tidak boleh ke aku balas jasa kedua ibu bapa ku? Adakah jika aku berkahwin sebelum bekerja menghadkan aku untuk membalas budi mereka? Aku tertanya-tanya. Ada bertanya pendapat banyak pihak. Memang lepas berkahwin seorang isteri kene patuh dengan suami. Tapi dalam hubungan suami isteri takkan takde toleransi ke? Bukankah berkahwin itu bukan setakat dengan pasangan tetapi dengan seluruh ahli keluarga? Jadi kenapa perlu pertikai kan isu bila berkahwin time belajar tidak boleh balas jasa kedua ibu bapa? Tak faham aku dengan sikap manusia zaman sekarang. Pada aku zaman sekarang ni jangan lah nak berkira sangat ke apa, yang penting utamakan lah hukum. Tak rasa berdosa ke nak tanggung anak perempuan sendiri kalau keluar berdua-duaan dengan kawan lelaki. Memang boleh elakkan tapi zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Apa salahnya berkahwin, halalkan hubungan tu kan. Salah ke? Dari berkepit, naik kereta berdua, berjalan berdua dengan tanpa apa-apa ikatan. kan baik nikah kan saje. Sungguh aku cukup tak faham. Cuba lah buka sikit minda tu. Kami bukan nak buat benda jahat, kami nak dirikan masjid, nak buat benda baik, kenapa nak halang? Nak bagi macam-macam alasan? Kenapa? Aku ingat dia lah yang terbaik tapi aku cukup tak sangka dia hanya pandai berkata-kata. 

Mungkin orang yang baca akan cakap aku ibarat tak reti nak kenang budi orang tua. Tapi aku agak terasa dengan keputusan yang mereka lakukan. Aku kecewa dengan sikap mereka. Terlalu mendengar kata orang, terlalu termakan hasutan orang. Perlu ke urusan keluarga benarkan orang luar masuk campur. Sebab benda-benda macam ni lah aku jadi serabut. Nak belajar pun malas mana tak nya asek sakit kepala. Da seminggu jugak lah aku menjadi ratu air mata. Lagi menyayat hati bila dia ada masa kurang memahami situasi aku. Terasa macam aku ditekan dari setiap genap orang. Tertekan sangat. Ya Allah, kau permudahkanlah semua nya. Hanya padamu tempat aku mengadu. Sedih hati. Sayu sungguh. Apa-apa pun aku dah malas nak fikir panjang, aku serah pada Allah. Semoga jodoh kami panjang. Semoga orang sekeliling boleh menerima qada dan qadar yang ditetapkan oleh Allah. Amin


p/s :
Semoga apa yang kami rancang
Allah permudahkan segala-galanya.
Untuk mendirikan masjid, untuk menjadikan 
halal di sisi mu ya Allah.

No comments:

Post a Comment