Thursday, November 20, 2014

Life after Marriage

Nikah sudah, 
Sanding sudah, 
Bertandang sudah, 
Honeymoon pun sudah,
Let's continue kehidupan lepas berkahwin. 

Diam tak diam dah sebulan kami kahwin. Hidup lepas kahwin not sweet like honey. Sangat banyak cabaran, dugaan. Trying to face everything together. Aku sangat mengaku yang aku sangat lah keras kepala. Try nak kurangkan but still tak berjaya. Ya Allah kau lembutkan lah hati aku untuk jadi seorang yang menyenangkan hati suami dan keluarga. Ameen. So far sementara ni kami stay dengan family suami. Alhamdulilah family mentua quite urban family. 

Alhamdulilah ok lah hari-hari perjalanan hidup cuma quite stress sebab aku selalu datang lambat. Sedih. Rasa macam apa j. Naik tebal jugak lah muka sebab lambat tapi redha j. Hahaha.


P/s: Asam garam rumah tangga
Sabar.Sabar.Sabar.

Wednesday, November 19, 2014

Honeymoon Trip

Alhamdulilah settle majlis kedua-dua belah pihak. Yeay. Now mood holiday-moon on. Yeay. Yeay. Honeymoon trip for the first kitorang just go to Bandung, Indonesia. Mungkin tak best tapi apakan daya redha sahaja. Kehkeh. Apa-apa pun terima kasih suami. Flight kami 27hb ke Indonesia pulang ke Malaysia 30hb.

Pengalaman menarik berada di bandung. Kami tak bershopping sakan pun. Mood lebey kepada melihat pemandangan, pergi outlet tu adalah tapi bukan sesakan bershopping. Hahaha. Apa-apa pun, happy dapat spend time dengan suami. Sebelum ni kalau berjalan kene cover-cover sebab tade ikatan lagi. Sekarang kalau nak pergi mana-mana pun nak kepit ke nak peluk cium ke tade orang kisah sebab halal.

Supir kami kan sangat sporting. Bawak makan tempat yang best, makanan pun sedap, enak. Tempat menarik pun kami pergi like Takuban Perahu, dan Kawah Putih. Selain tu kami ke tempat shopping outlet tu lerh. Encik Suami lah banyak membeli sebab dia tak bawak baju. Hahahaha.

Settle percutian empat hari 3 malam. Pulang ke tanah air dengan perasaan yang happy. Thank you sayang. I love u till my last breath. May Allah bless our marriage. Lasting till jannah, In shaa Allah.

Nah belanja gambar lagi




















P/s: Cinta after marriage is best.. 

Monday, November 17, 2014

Aku Bini Dia - Part 3

25102014

Akhirnya, last day untuk jadi fake fake alam. Hahaha. Al-maklum kurang minat nak bersolek-solek ni. Cukuplah untuk majlis menjadi Raja Sehari sahaja. Make up kali ni ditouch up khas dari kak wanie. Ramai puji make up dia cantik. Thank you akak. Kali ni tema nya ala-ala omputih gitu. Sang suami pakai kot. I pakai baju pengantin manik-manik gitu. Hahaha. Family datang awal tapi malang tak dapat nak berkepit tidur dengan tipah. Sobsob. Apakan daya. Redha sahaja. Majlis sebelah lelaki ni simple j buat dalam dewan yang size sederhana sahaja sebab majlis bertandang. Jemputan pun hanya sedikit. Apa pun terima kasih Mak Abah dan keluarga menjayakan majlis ini untuk meraikan kami. Terima kasih sangat.

Belanja gambar juga lah. Sekeping dua sahaja.

Besan dan Besan








Monday, November 10, 2014

Aku Bini Dia - Part 2

18102014

Selesai dah majlis akad nikah. Serius penat. Seronok kalau nikah siang sebab banyak masa terluang tapi kan daya ibu mintak untuk nikah lepas isyak. I follow j lah. Apa pun, belah selesai lagi majlis untuk meraikan kami. Esoknya is the big day. Ok, pagi tu i siap-siap dekat hotel sahaja. Syok. Sejuk. Hubby check in satu bilik so aku dapat lah bersiap dekat hotel. Kihkih. Ditemani YAYAN kesayangan dan adik sayang aku. NANA. Thanks for be my side. Apa apa pun. Kami siap on time,
sampai rumah homestay mak, tunggu semua orang then berarak. 

Kompang dipalu.... Pengantin baru.... Cehhh...

Tema hari ni pink belacan purple. Thanks yana for the awesome make up. I love u !!! Semua orang puji make up cantik sangat. Puas hati ok. Settle makan damai, potong cake. Sedappp.. Then outdoor. Then gathered then lepak-lepak. Kemas-kemas. Naseb catering, sang suami tak lah kene cuci periuk belanga. Hehe. 

Macam biasa lah, belanja picture sikit.


Ni birthday boy nya 'Arif turn 21

Monday, November 3, 2014

Aku Bini Dia - Part 1

17102014

Bangun awal pagi giler. Subuh nabi lagi. Tak boleh tidur dah, bangun-bangun cuci inai. Lepas tu borak ngan ibu. Renung muka dia. Dalam hati terdetik;
-Last ni aku dapat bermanja dengan dia.
-Last ni jadi anak dara dia
-Last ni nak lari balek johor sesuka hati
-Last ni dapat baring berbantalkan peha dia

Ya Allah, tak puas rasanya nak jadi anak dara dia. Ya Allah, kau peliharakan lah ibu ku dan keluarga ku. Amin. Arini mood dah berkurung. Tade keluar-keluar lagi dah. Kene duduk bertapa sahaja. Semua kene pesan orang buat. Around jam 3 macam tu bakalan suami mari amek kunci homestay, dengan barang hantaran. Still tak rasa pun nervous nya even khemah dah siap pasang, Lan catering sebelah dah start prepare untuk majlis esok, even family dah ramai menerjah. Masih lagi tak nervous bila family singpore datang petang tu. Masih bergurau gurau senda lagi. Around enam lebey mandi then siap-siap, Thanks adik tolong lulur. Siap tukar baju, mak andam comel dah mari. Dia pun laju j tangan buat apa yang patut. Start make up around 7 tu, after dorang siap set up meja makan beradap. And at that time my buah hati pengerang jatuh mari. "YAYAN". Ok, nervous sikit. Ok, siap-siap make up, adik cakap muka macam hantu. Hah perasaan masa tu hanya tuhan j tahu dengan en suami keep chat and tak sempat nak reply adik yang tolong. Juru gambar datang tapi ayah tak bagi amek gambar. So dorang pun redha j. around kul 8 siap make up. Wow, tengok muka sendiri dekat cermin. Siap pakai tudung sempat jumpa jiran-jiran ibu, makcik2 semua lah. Simple j. Ceh berangan dapat duduk dalam kamar sahaja bergurau senda, rupanya bapak BOY panggil duk depan sebelah en suami. Amboi nervous giler. Yayan tolong teman tepi ayah.

Alhamdulilah everything went well. Ayah yang gagap. Sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Amir A'imullah. Aminn...







 
Ni lah en suami kita






Wednesday, October 1, 2014

October

It's the month
Ya Allah may you ease everything.

Bulan ni aku bakal jadi isteri orang. Dalam hati tak tentu arah jadinya. Sedia ke, Layak ke, Betul ke. Perasaan pulak bercampur baur. Happy, Takut, Gementar, Semua nya rasa sekali. Keputusan dah dibuat. Apa-apa pun akan ku tempuh dengan sabar dan redha.

BISMILLAH...

Saturday, August 2, 2014

Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Tahun 2014, in shaa Allah last raya sendiri, weeee~
Tahun depan in shaa Allah beraya dengan encik suami. Raya, raya jugak. Counting-counting jugak, Tinggal 70 hari j lebey kurang. Ya Allah may you ease everything till the day comes. Macam biasa, pagi raya siap siap. Dah mandi, then pakai baju tak baru pun. Baju tahun lepas j. Nak buat lagu manakan. Pastu salam-salam then selfie lah, guna bantuan tripod j. Tahun ni beraya dengan anak buah baru. Maryam Hannah nama dia. Aku tak excited sangat pun sebab ada cerita di sebaliknya. Tapi buat bodoh j. Penyesalan berlaku bila lama sangat pulak duduk kat rumah mula lah rasa dah jadi macam kurang hajar sikit. Pape pun selamat hari raya guys !!!
Nah belanja gambar sekeping dua:

My kesayangan adik

My Family Members

My niece : Maryam Hannah

Last photo, berjimba di semak depan rumah

First day raya saje happy
Selamat hari raya
2014

Monday, April 14, 2014

Dengan adanya teknologi sekarang ni. Macam-macam benda boleh di kongsi. Bersyukur sangat sebab boleh tahu macam-macam. Antara nya ceramah-ceramah dari ustaz-ustaz dari kuliah-kuliah agama. Nak hadiri tu belum berkesempatan. Dengar pun boleh kan. Dengan erti kata lain sejak-sejak dengar ceramah ni, hati ku cukup tersentuh untuk mendengar dan membaca surah kahfi 10 ayat first dan 10 ayat akhir. In shaa Allah. Kalau tak start sekarang bila lagi kan. Ya Allah tetapkan lah iman ku ya Allah. Iman kedua orang tuaku, Iman ahli keluargaku, Iman bakal suamiku ya Allah.

Sesungguhnya di kala mendengar ceramah-ceramah itu, hatiku cukup tersentuh dan ada sedikit keinsafan sudah mula menular di dalam diri. Semoga terus-terusan bermaharajalela di dalam hatiku ya Allah.

Wednesday, April 9, 2014

Ala, apa yea nak bebel kali ni. Just nak share j. Lagi enam bulan nak jadi bini orang tapi tak reti nak prepare lagi. Just reti nak main-main j. Ayoyoyoyoo~ Mana tak nya si tunang tu pun sama j. Kahkahkah. 2x5 ok. Firstly kami nak settlekan pasal kursus kawen. Walaupun I sudah menghadiri nya, apakan daya bakal suami da bersuara. Tak salah kalau pergi dua kali. I pun dengan relanya mendaftarkan nama di agen yang uruskan this things. Apa-apa pun sekarang ni I dah start survey untuk idea gift, baju sanding, mana nak tempah baju nikah, apa yang perlu dan tak perlu, kad kawen, semua lah. Cik tunang dah amanahkan kat I untuk settlekan bab-bab ni. Bila masa nak beli, cari or fitting just give him the date sebab nya, dia ni workaholic and sibuk. Naseb lah I ni student. Hahaha. Apa-apa pun tak pe lah. Prepare untuk jadi isteri mithali. In shaa Allah. Bukan last minute prepare actually cuma I kene bagi kan masa. I kan student Master. Research pulak tu. So faham-faham lah kan. Research not like attending class like Degree level before. This time quite different. Banyak kene fikir. hehe.

Banyak soalan yang I terima. Dah ready? Macam mana persiapan? Korang dah beli apa? Apa perasaan, tinggal few months? Tet, I akan mengelak untuk menjawab sebab malu. Hahaha. Honestly, in shaa Allah dalam proses mempersiapkan diri. Dalam hati ni bercampur baur actually. Nervous, excited, Seram sejuk, Gembira, Tak sabar, semua lah. Tapi dalam masa yang sama kan. I ni duk terfikir dah ready ke nak pikul tanggungjawab. Hidup berumah tangga bukan semudah A B C. Banyak liku, kesabar, pengorbanan, kesetiaan segala-galanya kene harungi. 

"Ya Allah semoga kau permudahkan lah segala urusan ini. 
Semoga kau berkati dan semoga selamat semua nya"

Saturday, February 15, 2014

Belajar + Kahwin

Based kat tajuk j tau kan nak story pasal apa. Sekarang ni mesti ramai yang judge aku. Dah gatal sangat agaknya nak kahwin. Mind in others will say 'kerja lah dulu, balas jasa mak ayah dulu'. Hmmmmm.. Tatu lah nak komen apa. Just aku cuma boleh diam saje lah. Bukan saje nak kahwin cepat or kahwin time belajar. Tapi sebab ntah lah. Dari asek ke hulur hilir, better ktorang kahwin. Kesian kat bapak aku kene tanggung dosa kalau aku keluar dengan dia. Nak ke hulur hilir pun halal, tade lah orang nak mengata lagi.  Biasa lah mulut manusia kan. Nak tanak, diam dan follow j lah. 

So far, Alhamdulilah dah dua bulan kami bertunang, dan aku pun semakin focus pada master aku and in mean time aku arrange kan persiapan untuk majlis kami. Mana tak nya, cik tunang pun sekarang sibuk dengan projek2 dia yang dah di-implement tu. So setiap bulan ada saje ke utara. Sabar j lah. So aku lah yang kene ambil alih tugas bila nya nak g kursus, bila nya nk tempah baju, kat mana nak tempah. Itu baru basic, belum lagi soal beli gift tetamu, nak kene naik turun pejabat agama, nak kene appointment ngan kadi lagi. Banyak banyak, serius banyak keje. Apa-apa pun aku bersyukur sangat sebab lepas kami bertunang nampak lah dia a bit calm sikit. And seriusly I really love him. Thanks awak. :)

Balik pada belajar. Ok, last tuesday I got an email from my Koordinator regarding my presentation which I need to defence my proposal in front of few panels. Ok, after read that. Sumpah aku seram sebab date untuk present da keluar which 24-25 April and in between nak ke end April tu I will have many presentation. Gile bz tak jadual sekarang I. Ok, my supervisor pun cakap I semakin kerap datang UiTM. Nampak tak I serius nak tamatkan master I ni dan kerja sebab I nak bantu future husband I. hehehe, in shaa Allah. May Allah ease everything. Ameen.

Apa-apa pun, minggu ni kan both of us agak sibuk sampai ktorang rasa macam pengang hp untuk chat berkurang. Kalau chat pun time nak ingat kan both untuk makan and time nak masuk tidur. Nampak tak sibuk nya tu, kalau sebelum ni boleh di kata everytime lah. hehe. But I tak kesah pun sebab this is for our future. weeee~ Hope apa yang kami plan, berjalan lancar. Sebelum, Semasa dan Selepas majlis itu nanti. Ameen. 

Saturday, January 4, 2014

2014

NEW YEAR !!!

Diam tak diam dah berganti tahun da. 
Ya Allah, permudahkan urusan untuk tahun 2014 ini. 
Semoga apa yang dirancang diredhai. 
Ya Allah sesungguhnya hanya kau tempat aku mengadu dan meluah. 

Semoga tahun 2014 ni lebih membuat aku matang.
Semoga tahun 2014 ni lebih membuat aku tabah
Semoga tahun 2014 ni lebih memberi sinar dalam hidupku
Semoga semua yang dirancang berjalan lancar.

Ameen.