Wednesday, April 9, 2014

Ala, apa yea nak bebel kali ni. Just nak share j. Lagi enam bulan nak jadi bini orang tapi tak reti nak prepare lagi. Just reti nak main-main j. Ayoyoyoyoo~ Mana tak nya si tunang tu pun sama j. Kahkahkah. 2x5 ok. Firstly kami nak settlekan pasal kursus kawen. Walaupun I sudah menghadiri nya, apakan daya bakal suami da bersuara. Tak salah kalau pergi dua kali. I pun dengan relanya mendaftarkan nama di agen yang uruskan this things. Apa-apa pun sekarang ni I dah start survey untuk idea gift, baju sanding, mana nak tempah baju nikah, apa yang perlu dan tak perlu, kad kawen, semua lah. Cik tunang dah amanahkan kat I untuk settlekan bab-bab ni. Bila masa nak beli, cari or fitting just give him the date sebab nya, dia ni workaholic and sibuk. Naseb lah I ni student. Hahaha. Apa-apa pun tak pe lah. Prepare untuk jadi isteri mithali. In shaa Allah. Bukan last minute prepare actually cuma I kene bagi kan masa. I kan student Master. Research pulak tu. So faham-faham lah kan. Research not like attending class like Degree level before. This time quite different. Banyak kene fikir. hehe.

Banyak soalan yang I terima. Dah ready? Macam mana persiapan? Korang dah beli apa? Apa perasaan, tinggal few months? Tet, I akan mengelak untuk menjawab sebab malu. Hahaha. Honestly, in shaa Allah dalam proses mempersiapkan diri. Dalam hati ni bercampur baur actually. Nervous, excited, Seram sejuk, Gembira, Tak sabar, semua lah. Tapi dalam masa yang sama kan. I ni duk terfikir dah ready ke nak pikul tanggungjawab. Hidup berumah tangga bukan semudah A B C. Banyak liku, kesabar, pengorbanan, kesetiaan segala-galanya kene harungi. 

"Ya Allah semoga kau permudahkan lah segala urusan ini. 
Semoga kau berkati dan semoga selamat semua nya"

No comments:

Post a Comment