Thursday, November 20, 2014

Life after Marriage

Nikah sudah, 
Sanding sudah, 
Bertandang sudah, 
Honeymoon pun sudah,
Let's continue kehidupan lepas berkahwin. 

Diam tak diam dah sebulan kami kahwin. Hidup lepas kahwin not sweet like honey. Sangat banyak cabaran, dugaan. Trying to face everything together. Aku sangat mengaku yang aku sangat lah keras kepala. Try nak kurangkan but still tak berjaya. Ya Allah kau lembutkan lah hati aku untuk jadi seorang yang menyenangkan hati suami dan keluarga. Ameen. So far sementara ni kami stay dengan family suami. Alhamdulilah family mentua quite urban family. 

Alhamdulilah ok lah hari-hari perjalanan hidup cuma quite stress sebab aku selalu datang lambat. Sedih. Rasa macam apa j. Naik tebal jugak lah muka sebab lambat tapi redha j. Hahaha.


P/s: Asam garam rumah tangga
Sabar.Sabar.Sabar.

Wednesday, November 19, 2014

Honeymoon Trip

Alhamdulilah settle majlis kedua-dua belah pihak. Yeay. Now mood holiday-moon on. Yeay. Yeay. Honeymoon trip for the first kitorang just go to Bandung, Indonesia. Mungkin tak best tapi apakan daya redha sahaja. Kehkeh. Apa-apa pun terima kasih suami. Flight kami 27hb ke Indonesia pulang ke Malaysia 30hb.

Pengalaman menarik berada di bandung. Kami tak bershopping sakan pun. Mood lebey kepada melihat pemandangan, pergi outlet tu adalah tapi bukan sesakan bershopping. Hahaha. Apa-apa pun, happy dapat spend time dengan suami. Sebelum ni kalau berjalan kene cover-cover sebab tade ikatan lagi. Sekarang kalau nak pergi mana-mana pun nak kepit ke nak peluk cium ke tade orang kisah sebab halal.

Supir kami kan sangat sporting. Bawak makan tempat yang best, makanan pun sedap, enak. Tempat menarik pun kami pergi like Takuban Perahu, dan Kawah Putih. Selain tu kami ke tempat shopping outlet tu lerh. Encik Suami lah banyak membeli sebab dia tak bawak baju. Hahahaha.

Settle percutian empat hari 3 malam. Pulang ke tanah air dengan perasaan yang happy. Thank you sayang. I love u till my last breath. May Allah bless our marriage. Lasting till jannah, In shaa Allah.

Nah belanja gambar lagi




















P/s: Cinta after marriage is best.. 

Monday, November 17, 2014

Aku Bini Dia - Part 3

25102014

Akhirnya, last day untuk jadi fake fake alam. Hahaha. Al-maklum kurang minat nak bersolek-solek ni. Cukuplah untuk majlis menjadi Raja Sehari sahaja. Make up kali ni ditouch up khas dari kak wanie. Ramai puji make up dia cantik. Thank you akak. Kali ni tema nya ala-ala omputih gitu. Sang suami pakai kot. I pakai baju pengantin manik-manik gitu. Hahaha. Family datang awal tapi malang tak dapat nak berkepit tidur dengan tipah. Sobsob. Apakan daya. Redha sahaja. Majlis sebelah lelaki ni simple j buat dalam dewan yang size sederhana sahaja sebab majlis bertandang. Jemputan pun hanya sedikit. Apa pun terima kasih Mak Abah dan keluarga menjayakan majlis ini untuk meraikan kami. Terima kasih sangat.

Belanja gambar juga lah. Sekeping dua sahaja.

Besan dan Besan








Monday, November 10, 2014

Aku Bini Dia - Part 2

18102014

Selesai dah majlis akad nikah. Serius penat. Seronok kalau nikah siang sebab banyak masa terluang tapi kan daya ibu mintak untuk nikah lepas isyak. I follow j lah. Apa pun, belah selesai lagi majlis untuk meraikan kami. Esoknya is the big day. Ok, pagi tu i siap-siap dekat hotel sahaja. Syok. Sejuk. Hubby check in satu bilik so aku dapat lah bersiap dekat hotel. Kihkih. Ditemani YAYAN kesayangan dan adik sayang aku. NANA. Thanks for be my side. Apa apa pun. Kami siap on time,
sampai rumah homestay mak, tunggu semua orang then berarak. 

Kompang dipalu.... Pengantin baru.... Cehhh...

Tema hari ni pink belacan purple. Thanks yana for the awesome make up. I love u !!! Semua orang puji make up cantik sangat. Puas hati ok. Settle makan damai, potong cake. Sedappp.. Then outdoor. Then gathered then lepak-lepak. Kemas-kemas. Naseb catering, sang suami tak lah kene cuci periuk belanga. Hehe. 

Macam biasa lah, belanja picture sikit.


Ni birthday boy nya 'Arif turn 21

Monday, November 3, 2014

Aku Bini Dia - Part 1

17102014

Bangun awal pagi giler. Subuh nabi lagi. Tak boleh tidur dah, bangun-bangun cuci inai. Lepas tu borak ngan ibu. Renung muka dia. Dalam hati terdetik;
-Last ni aku dapat bermanja dengan dia.
-Last ni jadi anak dara dia
-Last ni nak lari balek johor sesuka hati
-Last ni dapat baring berbantalkan peha dia

Ya Allah, tak puas rasanya nak jadi anak dara dia. Ya Allah, kau peliharakan lah ibu ku dan keluarga ku. Amin. Arini mood dah berkurung. Tade keluar-keluar lagi dah. Kene duduk bertapa sahaja. Semua kene pesan orang buat. Around jam 3 macam tu bakalan suami mari amek kunci homestay, dengan barang hantaran. Still tak rasa pun nervous nya even khemah dah siap pasang, Lan catering sebelah dah start prepare untuk majlis esok, even family dah ramai menerjah. Masih lagi tak nervous bila family singpore datang petang tu. Masih bergurau gurau senda lagi. Around enam lebey mandi then siap-siap, Thanks adik tolong lulur. Siap tukar baju, mak andam comel dah mari. Dia pun laju j tangan buat apa yang patut. Start make up around 7 tu, after dorang siap set up meja makan beradap. And at that time my buah hati pengerang jatuh mari. "YAYAN". Ok, nervous sikit. Ok, siap-siap make up, adik cakap muka macam hantu. Hah perasaan masa tu hanya tuhan j tahu dengan en suami keep chat and tak sempat nak reply adik yang tolong. Juru gambar datang tapi ayah tak bagi amek gambar. So dorang pun redha j. around kul 8 siap make up. Wow, tengok muka sendiri dekat cermin. Siap pakai tudung sempat jumpa jiran-jiran ibu, makcik2 semua lah. Simple j. Ceh berangan dapat duduk dalam kamar sahaja bergurau senda, rupanya bapak BOY panggil duk depan sebelah en suami. Amboi nervous giler. Yayan tolong teman tepi ayah.

Alhamdulilah everything went well. Ayah yang gagap. Sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Amir A'imullah. Aminn...







 
Ni lah en suami kita