Monday, November 3, 2014

Aku Bini Dia - Part 1

17102014

Bangun awal pagi giler. Subuh nabi lagi. Tak boleh tidur dah, bangun-bangun cuci inai. Lepas tu borak ngan ibu. Renung muka dia. Dalam hati terdetik;
-Last ni aku dapat bermanja dengan dia.
-Last ni jadi anak dara dia
-Last ni nak lari balek johor sesuka hati
-Last ni dapat baring berbantalkan peha dia

Ya Allah, tak puas rasanya nak jadi anak dara dia. Ya Allah, kau peliharakan lah ibu ku dan keluarga ku. Amin. Arini mood dah berkurung. Tade keluar-keluar lagi dah. Kene duduk bertapa sahaja. Semua kene pesan orang buat. Around jam 3 macam tu bakalan suami mari amek kunci homestay, dengan barang hantaran. Still tak rasa pun nervous nya even khemah dah siap pasang, Lan catering sebelah dah start prepare untuk majlis esok, even family dah ramai menerjah. Masih lagi tak nervous bila family singpore datang petang tu. Masih bergurau gurau senda lagi. Around enam lebey mandi then siap-siap, Thanks adik tolong lulur. Siap tukar baju, mak andam comel dah mari. Dia pun laju j tangan buat apa yang patut. Start make up around 7 tu, after dorang siap set up meja makan beradap. And at that time my buah hati pengerang jatuh mari. "YAYAN". Ok, nervous sikit. Ok, siap-siap make up, adik cakap muka macam hantu. Hah perasaan masa tu hanya tuhan j tahu dengan en suami keep chat and tak sempat nak reply adik yang tolong. Juru gambar datang tapi ayah tak bagi amek gambar. So dorang pun redha j. around kul 8 siap make up. Wow, tengok muka sendiri dekat cermin. Siap pakai tudung sempat jumpa jiran-jiran ibu, makcik2 semua lah. Simple j. Ceh berangan dapat duduk dalam kamar sahaja bergurau senda, rupanya bapak BOY panggil duk depan sebelah en suami. Amboi nervous giler. Yayan tolong teman tepi ayah.

Alhamdulilah everything went well. Ayah yang gagap. Sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Amir A'imullah. Aminn...







 
Ni lah en suami kita






2 comments:

  1. alahai.. canteknya akak :)
    semoga kekal ke jannah ^^

    ReplyDelete
  2. amin amin. ala dik. make up make up j tu. kihkih

    ReplyDelete