Monday, January 19, 2015

Mandiri

Berdiri atas kaki sendiri. Itu lah pegangan hidup aku dari dulu lagi. Tak suka nak bergantung terlalu tinggi pada orang lain. Selalu tanam dalam diri tape aku boleh buat tanpa campur tangan orang lain. Disebabkan pegangan ni lah aku dapat suami yang suka berdikari jugak walaupun dia adalah anak mak. Sangat anak mak. Mulanya sangat tak selesa sebab apa yang aku tahu anak mak ni mesti nak bergantung ngan mak semuanya tapi tanggapan aku silap sebab suami aku seorang yang berdiri atas kaki sendiri. Bersyukur sebab ditemukan dengan beliau. Sebab dia dapat terima aku seadanya. Seronok bila dah jadi isteri dia. Kami banyak belajar benda baru bersama lagi-lagi bila kami pindah duduk sendiri. Tempoh duduk dengan mentua dua bulan sahaja. Then kami sambut new year dekat rumah baru. Duduk rumah sendiri banyak sungguh cabaran. Nak melengkapkan rumah bukannya perkara mudah. Tapi alhamdulilah dapat suami yang betul-betul memahami. Kami berjaya lengkapkan rumah baru kami walaupun ada lagi barang-barang lain yang nak dibeli tapi barang yang penting sudah cukup. 

Perjalanan hidup sebagai suami isteri bukan sentiasa nya indah. Kadang-kadang kami juga diuji. Bergaduh itu biasa, asam garam kata orang tua. Alhamdulilah kami belajar untuk lebih bertolak ansur. Terima kasih suami, kerana banyak sabar dengan perangai isteri awak yang kepala dongga ni. Apa-apa pun, awak suami yang terbaik. Terima kasih banyak-banyak. Sayang awak sampai syurga, In shaa Allah.. 

Monday, January 12, 2015

#2nd Honeymoon Trip

Kali ni nak membebel pasal honeymoon trip yang kedua. Kihkih. Bila sang suami dapat tahu kene outstation ke alor setar for a week. Kami pun decide untuk jenjalan ke Langkawi untuk weekend after settle kerja dia. So plannya bermula bila cuti yang aku apply lulus. Yeeehhaaaa..

Trip ke Langkawi tu 0901 untill 1101. Weeee~

Second trip ni pun aku just naik AirAsia. It was sponsor by my Ibu and Ayah. Flight Khamis malam jam 835malam and ETA at 930pm at Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. First time naik flight without suami without orang paling rapat. Bismillah. Tawwakkal bebanyak. Rupanya senang j kalau travel dalam negara sebab prosedur nya mudah sahaja. Aku sampai KLIA2 awal dari jangkaan around 7pm. Boarding AirAsia mudah 15minute before baru boarding compare other airlines. Kihkih. Aku board kul 815. Dalam hati ni selawat, doa bebanyak sebab takut patut jadi pape kan. Dengan aku mualnya a.k.a mabuk. So far Alhamdulilah berjaya sampai di Alor Setar tanpa rasa mual.

Sampai sampai hubby da tunggu depan pintu airport. Sampai sampai dia ajak g makan. Makan area hotel dia saje. Ok sahaja menu dia. Kenyang juga. Naik bilik, mandi. Tidur lerh. Yeay, hari yang ditunggu maghri dah. Tengahari lepas siap kerja encik suami kami terus ke jeti. Ferry petang. Sampai sampai terus amek teksi ke Kondo Pak Ngah. Semua dah ready. Thanks Pak Ngah. Lepak lepak dalam rumah. Jam 6ptg kami ke Pantai Chenang. Jenjalan makan angin amek udara pantai. Jenjalan kat Chenang Mall, Makan kat Subway. Then balik ke kondo sebab nak kerja Kedai Haji Ismail. Makan pun dekat depan Haji Ismail. Senang. Lepas tu apa lagi. Beli sikit-sikit sambil usha benda yang di inginkan. Kihkih. Macam-macam dalam minda.

Perjalanan kami tamat area 10malam. Balik kondo terus lepak. Makan makan smarties j keje si suami. Sampai-sampai j terus hidupkan air cond bagi sejuk sebab si suami kalau nak tidur kene sejuk. Macam biasa lah. I tidur dulu. Kihkihkih. Nyenyak betei.

Bangun-bangun terus siap-siap. Pack-pack bagai then terus shopping kat Haji Ismail. Giler shopping punya. Apa-apa pun happy sebab dapat beli apa yang nak walau Dinner Set tu beli yang bukan idaman. Satu hari nanti, in shaa Allah.