Monday, January 19, 2015

Mandiri

Berdiri atas kaki sendiri. Itu lah pegangan hidup aku dari dulu lagi. Tak suka nak bergantung terlalu tinggi pada orang lain. Selalu tanam dalam diri tape aku boleh buat tanpa campur tangan orang lain. Disebabkan pegangan ni lah aku dapat suami yang suka berdikari jugak walaupun dia adalah anak mak. Sangat anak mak. Mulanya sangat tak selesa sebab apa yang aku tahu anak mak ni mesti nak bergantung ngan mak semuanya tapi tanggapan aku silap sebab suami aku seorang yang berdiri atas kaki sendiri. Bersyukur sebab ditemukan dengan beliau. Sebab dia dapat terima aku seadanya. Seronok bila dah jadi isteri dia. Kami banyak belajar benda baru bersama lagi-lagi bila kami pindah duduk sendiri. Tempoh duduk dengan mentua dua bulan sahaja. Then kami sambut new year dekat rumah baru. Duduk rumah sendiri banyak sungguh cabaran. Nak melengkapkan rumah bukannya perkara mudah. Tapi alhamdulilah dapat suami yang betul-betul memahami. Kami berjaya lengkapkan rumah baru kami walaupun ada lagi barang-barang lain yang nak dibeli tapi barang yang penting sudah cukup. 

Perjalanan hidup sebagai suami isteri bukan sentiasa nya indah. Kadang-kadang kami juga diuji. Bergaduh itu biasa, asam garam kata orang tua. Alhamdulilah kami belajar untuk lebih bertolak ansur. Terima kasih suami, kerana banyak sabar dengan perangai isteri awak yang kepala dongga ni. Apa-apa pun, awak suami yang terbaik. Terima kasih banyak-banyak. Sayang awak sampai syurga, In shaa Allah.. 

No comments:

Post a Comment